Khamis, 24 September 2009

PERKAHWINAN VMURUT TAGAL DI SABAH

Secara umumnya sistem perkahwinan Murut Tagal adalah unik dan tersendiri tetapi prosesnya agak kompleks dan rumit. Perkahwinan antara suku Tagal adalah digalakkan untuk membina jalinan keluarga yang besar dan mengembangkan suku Tagal. Mereka tidak menggalakkan perkahwinan dengan bangsa lain atau orang luar (vokun atau oko). Anak-anak digalakkan berkahwin dengan bangsa sendiri (pahaka). Ini membolehkan purut atau berian berada dalam lingkungan suku Tagal. Perkahwinan suku Tagal agak unik kerana ia menjadi tanggungjawab apabila salah seorang adik beradiknya yang berkahwin meninggal dunia, mereka boleh mengambil janda tersebut menjadi isterinya. Sekiranya si mati belum habis menjelaskan berian si penganti haruslah menjelaskan berian tersebut. Upacara menjelaskan berian disebut panalaan ra mato. Nantunang atau timumang adalah perlu sebelim gadis dan teruna Murut Tagal menuju ke alam rumahtangga. Pada hari pertunangan pihak lelaki membawa bungkas dan tapi ke rumah pihak perempuan untuk membincangkan hal perkahwinan. Setelah bersetuju, keluarga pihak perempuan akan memberikan pupulut iaitu senarai barangan keperluan perkahwinan.


Hantaran atau mas kahwin perkahwinan Murut Tagal memerlukan perbelanjaan yang besar dengan berian seperti tawak (gong), tajau, pakaian, kain, manik, barang kemas, generator, barangan keperluan seperti barang dapur, parang, sumpit, duit, makanan dan minuman seperti tapai dan beras. Mas kahwin atau hantaran ini boleh dilakukan dalam dua cara iaitu pertama, cara akilimpuhu iaitu pihak lelaki boleh membawa semua barangan yang di minta pada hari perkahwinan dan cara kedua ialah cara berian iaitu sekiranya pihak lelaki tidak cukup pupulut (barangan mas kahwin), pihak perempuan boleh menangguhkan berian secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat sehingga ke satu tarikh akhir disebut tinauh walaupun sudah mempunyai anak atau cucu. Sekiranya si lelaki sudah meninggal dunia dan pupulut belum dijelaskan dia masih dianggap berhutang kepada keluarga si perempuan. Sekiranya dia mempunyai anak perempuan dan telah berkahwin maka segala pupulut hendaklah diserahkan kepada mentuanya sebagai menjelaskan hutang yang tertunggak. Pupulut juga mesti dibuat dalam penuh istiadat.


Orang-orang Tagal dikatakan suka berpesta disertai dengan cara adat seperti apasawang (majlis berian pulut). Ia biasanya dijalankan dalam masa lima hari empat malam. Apasawang juga diadakan sempena kelahiran anak pertama. Jamuan perkahwinan disertai dengan tapai, tamba pait (jeruk ikan), tamba ulak (jeruk daging). Pesta ini akan berlarutan sehingga larut malam atau ke pagi. Upacara minum tapai adalah wajib, mereka akan bergilir-gilir menyedut tapai menggunakan buluh kecil sambil diiringi dengan tarian lansaran dan ahilalangkut (berbalas pantun)

Khamis, 30 Julai 2009

Kaum Murut di Sapulut Sabah


SABAH TANAH AIRKU
NEGERI KITA YANG TERCINTA...

Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Menurut Agnes Keith (1981), gelaran Negeri di Bawah Bayu bukan merujuk kepada negeri Sabah sahaja tetapi juga merujuk kepada kawasan di Selatan Sulu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan terdapat sebanyak 80 dialek bahasa yang digunakan. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu Kudat, Pantai Barat-Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus, Kedayan, Brunei, Lundayeh, Rungus,Iranun, Ida’an, dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum. Tiga suku kaum utama di Sabah iaitu masyarakat Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Menurut Suzannah Mohamad (2008), suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan kaum terbesar di Sabah iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah dan majoritinya tinggal di Pantai Barat. Suku kaum yang tergolong dalam suku Kadazan-Dusun ialah Rungus, Lotud, Tambonuo, Kimaragang, Sanayo, Minakok dan Tenggera. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum kedua terbesar di Negeri Sabah. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur.

Seterusnya suku kaum ketiga terbesar ialah suku kaum Murut yang tinggal di Selatan Pantai Barat. Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka. Dimana kaum Murut mewakili

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.

Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.


Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.

Selasa, 21 Julai 2009

Sepanjang 3 tahun di Universiti...




Catatan sepanjang perjalanan hidup di rantau orang..dah banyak kenangan manis dan terpahit yang pernah aku rasa...kadang2 tuh kenangan yang paling pahit itulah menjadi kenangan abadi...jadi bab2 sakit giwa nie xperlu diperkenalkan lg dalam hidup aku sb dah jd darah daging aku...dah hampir 4 tahun di perantauan jauh dr family. Setahun sekali je balik macam hari raya laa pulak. Sepanjang 3tahun menderita menyertai ROTU kini aku dah hampir bahagia...huhu!!!latihan dah xde tp tesis pula menjelma..so aku kena do de best....Gambate2!!!


bila aku pikir-pikir hidup ni singkat sangat..tup..tup da nak grade dah...hehe jd anak Malaysia yang profesional.
mula-mula aktif sebagai pegawai yang berdisiplin..
Mungkin dalam masa 10 tahun lagi aku terus memperjuangkan kerjaya aku hingga ke tahap yang lebih tinggi sebab matlamat aku nak jadi yang terbaik dalam hidup dan menjadi contoh terbaik adik-adik aku....(termasuklah masyarakat disekeliling)lebih dari abang dan kakak aku capai..hehe (terlebih la pulak)..



Terkena tempias Hulk Hogan...what the rock cookin'..